GPMS Sokong Pemansuhan UPSR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyokong keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2021.

Menurut Presidennya, Mohd Alif Anas bin Md Noor, pemansuhan UPSR akan menjadikan sistem Penilaian Bilik Darjah (PBD) lebih terbuka tidak terlalu menekan murid dengan pencapaian peperiksaan semata-mata.

Bagi GPMS, kejayaan seseorang murid tidak boleh dinilai hanya menerusi akademik sahaja. Sebaliknya kemenjadian seseorang murid itu mesti dinilai secara holistik dari sudut akademik, kokurikulum, ko-akademik, kepimpinan, sahsiah dan kesihatan fizikal.

“Dengan pengumuman semalam, GPMS mengharapkan tiada lagi polemik dan juga pertikaian mengenai keputusan yang sudah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. GPMS menyeru agar semua pihak terutamanya guru dan ibu bapa dapat berganding bahu merencana laluan terbaik buat murid-murid agar mereka akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang satu hari nanti,” tegad Mohd Alif melalui kenyataan media yang dihantar pagi tadi.

Semalam Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd. Radzi bin Md. Jidin mengumumkan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2021 dan akan diganti dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat