UPSR Dimansuhkan Mulai Tahun 2021 – Radzi Jidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pelajar Tahun Enam dimansuhkan mulai tahun 2021 dan akan diganti dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi tujuan proses pembelajaran lebih menyeluruh dan tidak tertumpu kepada mata pelajaran peperiksaan sahaja.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin hari ini berikutan hasil libat urus Kementerian Pendidikan dengan para guru dan ibu bapa di seluruh negara sejak tahun lalu.

UPSR merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar pada akhir sesi sekolah rendah di Malaysia dalam pendidikan rendah Malaysia dan diambil oleh murid-murid akhir Tahun Enam.

Bagi tujuan penempatan ke sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), kementerian akan menggunakan kaedah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang telah mula diperkenalkan pada tahun lalu.

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus dijalankan secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat