MARA adalah ‘rahim’ KEB pertama, perlu diperkukuh – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama pada tahun 1965 telah melahirkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini mempunyai sumber tenaga kerja sekitar 11,900 orang meliputi sektor pendidikan, pembangunan, usahawan, ekonomi dan pelaburan

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan, MARA perlu diperkukuh tanpa mewujudkan institusi-institusi baru bagi mengelakkan kerugian.

“MARA adalah institusi yang terikat di bawah Akta Mara 1966 yang diberikan punca kuasa begitu luas untuk melaksanakan apa sahaja bagi maksud agenda pembangunan bumiputera dan ia adalah satu institusi yang bersifat close servis.

“Jadi daripada kita setiap kali berkongres mewujudkan institusi baru, nak buat pemantauan dan sebagainya ramai yang menyuarakan kenapa tidak memperkasakan sahaja MARA ini supaya kita tidak perlu menanggung kos yang tidak perlu dari segi overhead.

“MARA adalah daripada rahim kongres ekonomi bumiputera yang pertama, 1965 dan kali ini buat pertama kali MARA diberikan tanggungjawab sebagai sekretariat penganjur bersama dengan Kementerian ekonomi,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian KEB 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya hari ini.

Tambahnya MARA juga telah membuktikan dengan lebih daripada 1.9 juta usahawan yang berjaya melaluinya.

Selain itu jelasnya KEB 2024 perlu memastikan semua resolusi dapat dipantau, diselaras dan dinilai dengan lebih baik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat