Jika terbukti Muhyiddin bohong, sila letak jawatan Presiden Bersatu – Wan Saiful

KUALA LUMPUR – Surat Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menimbulkan persoalan adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin berbohong dalam suratnya bertarikh 27 Januari 2026.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, penafian yang dibuat oleh Presiden Pas itu amat signifikan.

Ujarnya, ia membawa kepada persoalan adakah Muhyiddin sudah terlalu terdesak sehingga sanggup mencipta cerita bohong untuk berpaut di takhta kuasa.

“Saya yakin para penjilat Muhyiddin akan bekerja overtime untuk mencipta bermacam-macam alasan bagi mempertahan Muhyiddin.

“Tapi kita kena ingat. Apabila ada soalan adakah Muhyiddin pembohong, kita kena tanya juga adakah penjilatnya juga berbohong?

“Jika Muhyiddin berbohong kepada Presiden-Presiden parti dalam PN, maka kesannya amat besar sebab banyak soalan lain akan timbul,” kata Wan Saiful.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu membangkitkan beberapa persoalan iaitu, bolehkah dipercayai segala cerita Muhyiddin kepada MPT Bersatu?

“Adakah Muhyiddin berbohong kepada MPT Bersatu? atau adakah Muhyiddin berbohong kepada rakyat?

“Tidakkah Bersatu malu ada Presiden yang dituduh pembohong? soal Wan Saiful.

Dalam keadaan sebegini kata beliau, jika Muhyiddin sayangkan parti Bersatu, dia mesti menyelamatkan imej Bersatu dengan cara meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu.

“Jika tidak, Muhyiddin akan terus menjadi liabiliti kerana rakyat akan mengatakan Presiden Bersatu seorang pembohong.

“Tapi janganlah pula mansuhkan jawatan Presiden Bersatu untuk lantik Muhyiddin sebagai Mursyidul Am,” selar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat