KUALA LUMPUR – Sekiranya Perikatan Nasional (PN) cuma nama tanpa kepimpinan jelas, lebih baik bergerak atas nama parti masing-masing, syor Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin.
Justeru kata beliau, adalah lebih afdal sekiranya blok pembangkang membubarkan saja PN.
Menurut Hafiz, gabungan tanpa ada ketua, bukan gabungan namanya.
“Gabungan tanpa ada ketua, bukan gabungan namanya. Macam mana nak buat keputusan? Sorang cakap macam ni, sorang lagi cakap lain.
“Mana tak celaru jadinya.
“Kalau PN cuma nama tanpa kepimpinan jelas, lebih baik bergerak atas nama parti masing-masing, bubar je lah PN. Kan? kata Hafiz.
Beliau berkata demikian merujuk polemik pertikaian antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan tertinggi Pas, di mana Presiden Bersatu itu mencadangkan supaya jawatan Pengerusi PN dimansuh namun Pas tegas mahu mengekalkan posisi itu.



