Rapid KL On-Demand’ luaskan jaringan perkhidmatan empat laluan baharu mulai 1 Februari ini

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali bas Rapid KL dan bas perantara MRT bakal memperkenalkan empat laluan baharu bagi perkhidmatan ‘Rapid KL On – Demand’ mulai 1 Februari ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria berkata, laluan yang terlibat antaranya Taman Desa – Jalan Klang Lama (T 650 B) dengan 2 buah van, dan laluan LRT Bangsar – Taman Bandaraya (T850 B) pula dengan 2 buah van.

Beliau berkata, kedua-dua laluan ini mengunakan tempahan melalui aplikasi Trek Riders.

Menurutnya, Laluan MRT Putrajaya Sentral – Presint 11 (T512B) sebanyak 2 buah van dan laluan Taman Genting Setapak – Setapak (T250B) dengan 4 buah van, kedua-duanya ditempah melalui aplikasi Kummute.

Menurutnya lagi, bagi laluan T850 B (LRT Bangsar – Taman Bandaraya) dan T512B (MRT Putrajaya Sentral – Presint 11) akan berhubung langsung dengan perkhidmatan rel Rapid KL.

“Kesalinghubungan ini amat penting membolehkan pengguna Rapid KL menyambung perjalanan mereka dengan rangkaian rel dan bas.

“Manakala perkhidmatan bagi laluan T650 B (Taman Desa – Jalan Klang Lama) dan T250B (Taman Genting Setapak – Setapak) akan menggunakan lorong bas di Jalan Klang Lama serta Jalan Genting Kelang.

“Ini membolehkan penumpang meneruskan perjalanan dengan Rapid KL dan sebaliknya, ”katanya dalam kenyataan pada Selasa.

“Kami masih mengekalkan perkhidmatan bas Rapid KL di kawasan-kawasan ini, dan perkhidmatan ‘Rapid KL On – Demand’ yang baharu ini akan dapat menyokong capaian bas dengan hentian lebih dinamik dengan purata waktu menunggu lebih pendek, sekitar 10 minit, ”katanya.

“Perkhidmatan ini yang dahulunya dikenali sebagai Demand Responsive Transit atau Rapid DRT, telah dijenamakan semula dengan panggilan ‘Rapid KL On – Demand’.

“Langkah ini bagi memposisikan jenama dan produk agar lebih relevan kepada para pengguna. Ia selari dengan konsep operasi yang berasaskan tempahan dan memberi kebebasan kepada pelanggan untuk merancang perjalanan mereka,”katanya lagi.

“Sejak diperkenalkan pada Mei 2023, perkhidmatan ‘Rapid KL On- Demand’ di Lembah Klang berkembang kepada sembilan laluan dengan 20 can pada Ogos 2024, dan berjaya mencatatkan purata peningkatan jumlah pelancong harian sebanyak 59 % (peratus), iaitu daripada 1,271 kepada 2,023 penumpang,”ujarnya.

“Kami akan turut menambah baik sembilan laluan yang kini telah mempunyai sebanyak 203 hentian dan bermula 1 Februari ini juga sebanyak 50 % hentian di laluan-laluan ini akan ditambah secara berkala mengikut keperluan komuniti sekitar, ”ujarnya lagi.

“Perkhidmatan Rapid KL On- Demand menawarkan jaminan tempat duduk yang boleh ditempah setiap hari dari jam 6 pagi sehingga 11.30 malam. Dengan tambang promosi RM 1 untuk setiap perjalanan.

“Pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan, Pas Perjalanan Tanpa Had :My50, MyCity, dan Pas Famili.

“Selain itu, Kad Touch ’Go, Kad Konsesi MyRapid serta Pas OKU Smile, ”tambahnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, pengguna boleh melayari media sosial rasmi Rapid KL atau laman web www.myrapid.com.my – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat