Kapal perang Russia jalani latihan di Laut China Selatan

- Advertisement -

MELBOURNE- Kapal perang Armada Pasifik Russia, Marshal Shaposhnikov, menjalankan latihan anti-kapal selam di Laut China Selatan, lapor agensi berita Russia hari ini, memetik perkhidmatan akhbar armada itu.

Selepas mengesan kapal selam stimulasi musuh dan mengesahkan koordinatnya daripada kru helikopter, kapal perang itu melancarkan torpedo dan senjata anti-kapal selam, lapor agensi itu, yang memetik agensi berita Interfax.

Unit kapal perang Armada Pasifik Russia, termasuk kapal penjelajah Varyag, kapal penjelajah Varyag dan kapal perang Marshal Shaposhnikov sedang dalam ‘pelayaran jarak jauh’ termasuk rantau Asia-Pasifik, lapor Interfax.

Agensi berita negara RIA Russia pula melaporkan kesemua kapal itu meninggalkan pelabuhan Vladivostok, di Timur Jauh Russia pada 22 Januari lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat