Jangan takut lawan Anwar dan rejimnya – Daim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyeru orang ramai bangkit melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gesaan itu dibuat selepas hartawan berkenaan diheret ke mahkamah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta merangkumi 38 syarikat, 25 unit hartanah, tujuh kenderaan mewah, serta dua akaun dana pelaburan.

“Saya gesa kamu, rakyat Malaysia, buatlah apa yang kamu mampu untuk melindungi dan menyelamatkan negara ini.

“Jangan teragak-agak dan jangan takut untuk berdepan Anwar dan rejimnya,” katanya.

Daim, orang kepercayaan perdana menteri sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad, juga mendakwa pentadbiran ini menyalahgunakan kuasa serta mengkhianati janji reformasi.

“Musang berbulu ayam teriak reformasi, tetapi apa yang berlaku sebaliknya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat