“Jika terbabit salah guna kuasa, SPRM mungkin panggil Tun M” – laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sekiranya bukti menunjukkan ada pembabitan beliau dalam kegiatan salah guna kuasa.

Sebelum ini, sumber memberitahu, siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan salah guna kuasa membabitkan bapanya, Dr Mahathir, lapor Astro Awani merujuk sumber.

Seorang lagi anak Dr Mahathir, Mirzan, turut disiasat, namun dalam kes berbeza.

“Siasatan SPRM membabitkan Mokhzani dan Mirzan ada kaitan dengan bapa mereka.

“Namun kes Mokhzani dan kes Mirzan masing-masing tiada kaitan antara satu sama lain,” katanya.

Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Mohkzani hadir di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat