HONOR Akan Lancar Siri HONOR Magic6, Magic V2 RSR di MWC 2024

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2024 – Jenama teknologi global HONOR, mengumumkan bakal menyertai Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol bulan depan.

Di pameran tersebut, HONOR juga akan melancarkan dua rangkaian flagship di peringkat global, iaitu HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic6 Series pada 25 Februari 2024, jam 9 malam waktu tempatan. Pameran ini akan strim secara langsung di Facebook HONOR Malaysia dan laman web rasmi HONOR. Jangan melepaskan peluang menyaksikan inovasi dan teknologi canggih yang mengujakan ini.

HONOR Di Tangga Pertama Dalam Pasaran Android China pada 2023

Dalam perkembangan lain, HONOR berada di kedudukan teratas dalam pasaran penghantaran Android di China pada suku keempat dan keseluruhan tahun 2023, lapor International Data Corporation (IDC). 

 

Menurut IDC, selepas mengharungi pemulihan pantas pada 2022, HONOR terus mengekalkan pertumbuhan kukuh pada 2023 dan kejayaan ini disebabkan penambahbaikan dalam saluran perkongsian dan strategi produk yang komprehensif. HONOR menembusi pasaran mewah dengan kejayaan rangkaian telefon boleh lipat dan juga menarik minat peringkat permulaan ke pertengahan menerusi pelbagai model yang popular.

Pelancaran peringkat global HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic6 Series boleh ditonton di https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/

Untuk maklumat lanjut mengenai produk HONOR dan info terkini, layari https://bit.ly/HONORMagicV2PR

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat