Hilang Khairy, Shahril kini Umno ketandusan pemimpin muda – Kian Ming

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno ketandusan pemimpin muda yang mampu membawa pengaruh dan sokongan rakyat terutama dalam kalangan generasi baharu selepas kehilangan dua pemimpin terdahulu.

Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming berkata, walaupun Umno cuba untuk mengembalikan reputasi dan menjadi berpengaruh menerusi pemimpin muda yang lain, usaha parti tersebut gagal.

Malah, katanya, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dilihat gagal untuk menjadikan parti itu berpengaruh dalam kalangan orang muda sebagaimana yang pernah dilakukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan.

“Buat masa sekarang saya tidak nampak pemimpin Umno muda yang ada kaliber seperti Khairy atau Shahril.

“Walaupun saya rasa Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mencuba sedaya upaya (menonjol), tapi belum mencapai standard lagi seperti Khairy,” lapor Utusan.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau sebelum ini dipecat serta digantung ekoran pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan Umno kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Manakala Shahril yang juga bekas Ketua Penerangan Umno digantung keahliannya selama enam tahun

Kian Ming berkata Dr Akmal tidak mempunyai strategi ampuh dan tersusun bagi membawa Umno kembali diterima orang muda.

“Beliau mungkin (Dr Akmal) ada kaedah tersendiri untuk memikat orang muda. Cuma zaman sekarang, untuk memikat orang muda tidak boleh buat secara individu. Khairy contohnya ada pasukan sendiri,’’ kata beliau. Kalau Umno nak undi orang muda mereka perlu ada pasukan muda yang kuat untuk berbuat demikian.

“Macam DAP sekarang, walaupun Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung, mereka ada pasukan yang terdiri daripada beberapa pemimpin lain seperti Hannah Yeoh, Steven Sim dan Gobind Singh Deo yang bekerjasama untuk menarik undi bukan sahaja orang bukan Melayu tetapi orang Melayu sendiri. Maknanya mereka menggunakan strategi menyeluruh,”jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat