STR meningkat 66 peratus, RM300 kepada RM500 – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bayaran bagi Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang mula disalurkan hari ini meningkat kepada RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bayaran maksimum bagi isi rumah pada tahun ini ditingkatkan lebih daripada 66 peratus kepada RM500, ketimbang RM300 pada tahun lalu.

“Alhamdulillah, bayaran bagi Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan disalurkan bermula hari ini.

“Saya akur bahawa kesulitan kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat. Hatta, saya berharap peningkatan bayaran yang ketara ini dapat meringankan beban kalian,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau, Kerajaan MADANI beriltizam untuk memberi rakyat sejagat kehidupan yang bermaruah. Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi MADANI.

“Saya berharap penerima-penerima STR Fasa 1 ini dapat memanfaatkan sebaiknya bantuan ini,” nasihat beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat