KUALA LUMPUR – Jelas tidak puas hati dengan dengan dakwaan yang mengatakan 99 peratus Exco Pemuda UMNO terdiri daripada golongan jutawan.
Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata kenyataan penganalisis politik itu sepatutnya dituju kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan konco-konconya dalam Bersatu atau Pejuang dan kroni-kroninya, bukan kepada pemuda UMNO kini.
Isham menegaskan, kajian Dr Muhammad Asri Mohd Ali itu dijalankan pada 2002 dan ketika itu UMNO dipimpin Dr Mahathir sebagai Presiden dan juga Perdana Menteri.
“Kelmarin dalam satu video call dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki seorang professor telah sengaja membuat kenyataan provokasi dengan menyatakan bahawa mengikut kajiannya 99 peratus daripada Ketua Bahagian UMNO adalah jutawan.
“Nampak jelas niat beliau untuk menunjukkan yang UMNO kini kononnya tiada integriti dan amalan politik wang dan rasuah masih berleluasa,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Tegas Isham, kajian profesor tersebut adalah pada tahun 2002, atau 19 tahun lepas.
Ujar beliau, pada ketika itu ia adalah zaman Mahathir dan dia telah menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama lebih dua dekad pada tahun 2002.
@Bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika politik wang berleluasa pada ketika itu kerana walaupun Dr. Mahathir berkata dia menentang politik wang, tetapi hakikatnya dialah yang membentuk sistem politik wang di Malaysia.
“Sebelum Mahathir, semasa zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke Tun Hussein Onn, politik wang tidak galak berlaku.
“Hanya pada zaman Mahathir dia sendiri dan kuncu-kuncu dan kroni-kroninya telah menjadi kaya raya, termasuklah anak-anaknya,” kata beliau.
Tambah Isham, oleh itu, jika benar kajian tahun 2002 professor itu sekalipun, saya pasti sebahagian besar daripada pengikut-pengikut tegar yang kaya raya semasa zaman Mahathir tersebut bukan lagi dalam UMNO kini, tetapi besar kemungkinan kini mereka berada dalam Bersatu atau Pejuang atau menyokong kuat parti-parti ini.
“Oleh itu soalan professor ini sepatutnya dituju kepada Mahathir dan konco-konconya dalam Bersatu atau Pejuang dan kroni-kroninya, bukan kepada pemuda UMNO kini,”pertahannnya.



