Kebakaran Menara Telekomunikasi Jejas Liputan CelcomDigi, Maxis dan Unifi Mobile di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, – Beberapa kawasan di sekitar Kuala Kangsar mengalami gangguan perkhidmatan telekomunikasi susulan kejadian kebakaran melibatkan sebuah menara komunikasi di Kampung Kelebor, dekat sini, petang semalam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan kebakaran tersebut berlaku sekitar jam 6.50 petang pada 27 Disember 2025, melibatkan menara milik Maxis yang turut menempatkan peralatan stesen pemancar CelcomDigi dan Maxis. 

Menurut MCMC, insiden itu menyebabkan liputan perkhidmatan khususnya bagi pengguna CelcomDigi, Maxis dan Unifi Mobile terjejas, terutamanya di kawasan berhampiran menara termasuk Kampung Kelebor, Kampung Langkap Ketior, Kampung Rambai 7, Kampung Menora, Kampung Senggang, Kampung Ulu Kenas dan Kampung Lempor.

Selain itu, liputan perkhidmatan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) yang berdekatan dengan lokasi kejadian turut terkesan.

MCMC memaklumkan punca kebakaran masih dalam siasatan dan akses ke lokasi kejadian telah ditutup oleh pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dalam masa sama, MCMC telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan terlibat untuk melaksanakan tindakan pembetulan serta-merta, termasuk menyediakan pelan pemulihan menyeluruh bagi menangani gangguan liputan yang berlaku.

Sebagai langkah kecemasan, MCMC turut mengaktifkan kemudahan WiFi satelit Starlink di R&R Sungai Perak (arah utara) bagi memastikan pengguna lebuh raya kekal mempunyai akses kepada perkhidmatan komunikasi.

Tambah MCMC, pemilik menara serta penyedia perkhidmatan juga diarahkan memperketatkan kerja-kerja penyelenggaraan, pemeriksaan teknikal dan pemantauan berterusan di semua menara komunikasi selaras dengan keperluan kebolehpercayaan rangkaian dan keselamatan pengguna.  

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat