‘Lawan Jadi Kawan’ – Akmal Saleh Respon Hantaran Fadhli Shaari

CYBERJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi bayangan bahawa UMNO bersedia untuk kembali bekerjasama dengan Pas, susulan perkembangan politik semasa termasuk krisis yang melanda Perlis.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad, Akmal berkata hubungan politik yang sebelum ini menyaksikan rakan menjadi lawan masih boleh diusahakan semula demi kepentingan bersama.

“Kawan makan kawan, kawan jadi lawan. Tetapi insya-ALLAH kita boleh usahakan lawan jadi kawan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada hantaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, yang sebelum itu menulis secara ringkas di Facebook:

“Kawan makan kawan. Bermaksud kawan sudah memilih menjadi lawan.”

Walaupun Ahmad Fadhli tidak mengaitkan kenyataan tersebut secara langsung dengan perkembangan politik di Perlis atau hubungan Pas dengan Bersatu, hantaran berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan pengikutnya.

Sebahagian netizen turut mengaitkan kenyataan itu dengan situasi politik Perlis, malah ada yang mencadangkan Pas menilai semula hubungan dengan rakan gabungan politiknya di negeri berkenaan.

Krisis politik Perlis tercetus susulan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-12, menggantikan ADUN Sanglang daripada Pas, Mohd Shukri Ramli, yang meletak jawatan atas faktor kesihatan.

Sebelum itu, lapan ADUN Perikatan Nasional (PN) — lima daripada Bersatu dan tiga daripada Pas — mengemukakan akuan berkanun (SD) bagi menarik balik sokongan terhadap Mohd Shukri.

Susulan perkembangan tersebut, Dr Muhamad Akmal pada Khamis lalu turut mencadangkan agar Perikatan Nasional dibubarkan dan Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai alternatif kerjasama politik.

Kenyataan terbaharu Akmal itu dilihat sebagai isyarat keterbukaan Pemuda UMNO terhadap usaha menyusun semula landskap kerjasama politik, khususnya melibatkan Pas, dalam menghadapi cabaran semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat