RM50 juta bantuan awal untuk mangsa banjir Kelantan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengumumkan bantuan awal sebanyak RM50 juta untuk mangsa banjir di Kelantan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu akan disalurkan terus kepada mangsa banjir.

“Bagi mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat ini kita meluluskan peruntukan awal RM50 juta.

“Menerusi peruntukan berkenaan, setiap keluarga akan menerima RM1,000 dan tambahan bantuan lain bergantung pada kerugian yang dialami mangsa banjir,” lapor BH di Pasir Mas, Kelantan pada Khamis.

Anwar berkata demikian pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Mengulas lanjut, Anwar turut berterima kasih kepada semua pihak meliputi jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang membantu mangsa banjir.

“Kerjasama kedua-dua pihak ini menjadikan proses membantu mangsa banjir berjalan lancar demi keselesaan rakyat.

“Apa yang penting, kita mahu meredakan tekanan yang dialami rakyat akibat banjir,” katanya.

Kredit FOTO: Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat