Umpama mimpi jadi nyata

- Advertisement -

KERJASAMA dengan bintang rap dunia, Snoop Dogg melakar indah portfolio Joe Flizzow sebagai penutup tirai tahun 2021 menerusi album terbaharu, Snoop Dogg Presents The Algorithm (The Global Edition) menembusi pasaran antarabangsa.

Perasaan bercampur baur ketika mendapat undangan terbabit dalam projek istimewa itu membuatkan beliau seperti hilang kata-kata untuk meluahkan keterujaan.

Katanya, selepas dua dekad mempelopori genre hip hop di Malaysia, Joe tidak menyangka pujian Snoop Dogg atas usahanya memperkasakan muzik itu di negara ini membawa kepada kerjasama mereka dalam album kompilasi berkenaan.

Melalui projek yang menghimpunkan ramai artis hip hop dan R&B dinaungi Universal Music Group (UMG) dari serata dunia itu, Joe dipilih merakamkan lagu Alright nyanyian Redman dan Method Man yang menampilkan dirinya dan Nefertitti Avani.

“Kerjasama ini adalah bukti kukuh untuk tidak berputus asa dalam apa yang kita impikan. Ini kerana kita tidak tahu bila perkara yang mustahil mungkin akan menjadi kenyataan.

“Saya mengikuti dan meminati perjalanan seni Snoop Dogg sejak 1993. Saya minat dengan apa yang diperjuangkannya hingga sekarang.

 

SNOOP Dogg menjadi idola Joe sejak sekian lama.
SNOOP Dogg menjadi idola Joe sejak sekian lama.

“Saya ada tiga baju Snoop Dogg yang diulang pakai hingga ada yang bertanya apakah saya tiada baju lain. Di sekolah, ada kawan yang panggil saya Joe Snoop,” katanya.

Joe berkongsi kisah tiga baju mempamerkan Snoop Dogg yang sering dipakai ketika remaja.

Malah, dia juga turut mengimbau kembali nostalgia bertemu idolanya itu ketika konsert di Bangkok, Thailand, kira-kira 10 tahun lalu.

“Selepas konsert berakhir, saya dibawa ke belakang pentas untuk bertemunya. Kami sempat merakamkan gambar. Kali kedua, saya jumpa Snoop Dogg pada sesi ‘post mortem’ anjuran DJ Uno.

“Pada mulanya, saya tidak pasti mahu pergi dan berbelah-bahagi. Namun, saya beranikan diri dan beliau sangat peramah,” katanya.

 

YUNG Raja dari Singapura turut terpilih menjayakan album berkenaan menerusi lagu Qualified nyanyian Snoop Dogg.
YUNG Raja dari Singapura turut terpilih menjayakan album berkenaan menerusi lagu Qualified nyanyian Snoop Dogg.

 

Bagi lagu Alright, Joe menulis sendiri bait lirik dendangannya dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Joe yang popular dengan lagu Apa Khabar bangga kerana Jalur Gemilang terpampang pada poster rasmi album Snoop Dogg itu.

“Impian saya seterusnya adalah mahu menampilkan Snoop Dogg dalam album terbaru berjudul Johan yang akan diterbitkan tahun depan,”katanya.

Selain Joe Flizzow, Yung Raja dari Singapura turut terpilih menjayakan album berkenaan menerusi lagu Qualified nyanyian Snoop Dogg selain menampilkan Larry June dan Oktober London.

Sebelum ini, Joe pernah berduet dengan ikon hip hop antarabangsa, Warren G.

Single Ciao yang diterbitkan komposer dari Singapura, Alyph turut menyaksikan Joe bekerjasama dengan artis hip hop terkenal Korea Selatan, Jay Park dan MK dari kumpulan K-Clique pada Januari lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat