Isu Pekebun Di Raub Tidak Jejaskan Pengeluaran Durian – Ahmad

15 Orang Penduduk Setinggan Kwong Tong Dapat Tawaran Rumah DBKL

CYBERJAYA: Susulan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ke setinggan Kwong Tong semalam, seramai 15 orang penduduk telah menerima tawaran rumah DBKL. Pada...

UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO bukan parti tidak sedar diri. Malah beliau menegaskan, UMNO bukan parti...

Majlis Presiden PN Berpuas Hati Penjelasan Ordinan Darurat, Pengurusan Darurat Serta Pandemik Covid-19 – PM

CYBERJAYA: Majlis Presiden Perikatan Nasional yang mengadakan mesyuarat pada petang tadi berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat,...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...

MELAKA: Isu pekebun durian di Raub, Pahang tidak akan menjejaskan pengeluaran dan penghasilan raja buah itu terutamanya jenis Musang King bagi pasaran dan eksport ke luar negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Beliau berkata ia berikutan terdapat beberapa ladang lain di negara ini menanam durian Musang King dan mampu menampung permintaan terhadap buah yang mendapat sambutan hebat termasuk yang diproses dan disejuk beku.

Katanya, paling penting setiap pekebun durian perlu mengikut prosedur dengan berdaftar dan lulus audit fasiliti serta ladang, selain perlu memperoleh Sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) bagi memastikan durian yang dihasilkan berkualiti dan bermutu tinggi.

“Syarat lain iaitu pokok durian yang ditanam adalah di atas tanah pemilikan sendiri atau disewa pajak serta disahkan perjanjian tersebut manakala bagi tanah yang diterokai tidak layak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Promosi Perniagaan Kecil Tempatan Negeri Melaka di sini, semalam.

Pada 23 Dis lepas, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman, terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang.

Permohonan itu dibuat selepas kerajaan negeri Pahang mula mengambil tindakan terhadap pekebun yang didakwa mengusahakan kebun durian secara haram di sekitar Raub pada awal Ogos sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri, selain isu pencemaran air.

Sementara itu, menurut Ahmad seramai 44 usahawan mengambil bahagian dalam program Kempen Promosi Perniagaan Kecil Tempatan Negeri Melaka yang diadakan dengan usaha sama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pusat beli-belah Mahkota Parade.

“Program ini bertujuan membantu usahawan memulihkan ekonomi mereka yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” tambahnya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan

Kerajaan Tutup Ekonomi Sepenuhnya Jika Kes Covid-19 Terus Meningkat Selepas 4 Februari?

CYBERJAYA: Kerajaan dijangka akan melaksanakan penutupan ekonomi sepenuhnya sekiranya jumlah kes harian Covid-19 di negara ini tidak menunjukkan penurunan, lapor Malay Mail. Portal itu memetik...

CGS-CIMB Jangka Inflasi Naik Kepada 1.6 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 22 Jan -- CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menjangka kadar inflasi akan naik kepada 1.6 peratus pada 2021, didorong oleh kenaikan harga komoditi. Dalam...

AirAsia Mahu Kumpul RM454.51 Juta Melalui Tawaran Saham Persendirian

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd bercadang untuk melaksanakan tawaran saham persendirian sehingga 20 peratus daripada 3.34 bilion saham sedia ada bagi mengumpul kira-kira RM454.51...