Taikun telekomunikasi Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun

- Advertisement -

Taikun telekomunikasi Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun

KUALA LUMPUR – Taikun jutawan T Ananda Krishnan meninggal dunia pada Khamis 28 November 2024 di usia 86 tahun.

Orang keenam terkaya di Malaysia itu telah membangunkan empayar yang merangkumi sektor telekomunikasi termasuk juga minyak dan gas.

Syarikatnya Usaha Tegas Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan Ananda Krishnan meninggal dunia dalam keadaan tenang dan keluarganya ingin berkabung secara peribadi.

“Beliau telah membuat sumbangan besar kepada pembinaan negara dan dunia korporat,” kata Usaha Tegas lagi.

Malah menyatakan inisiatif dermawannya telah menyentuh banyak kehidupan.

Pencapaian terakhir yang direkod, taikun itu menduduki tempat keenam orang terkaya Malaysia oleh Forbes dengan nilai bersih AS$5.1 bilion (RM22.66 bilion).

The Edge melaporkan, Ananda Krishnan mencipta sebahagian besar kekayaannya pada 1980-an dan 1990-an yang menjadikannya rapat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pegangan Ananda Krishnan termasuk pengendali rangkaian mudah alih Maxis Bhd (Maxis), syarikat televisyen berbayar Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) dan firma perkhidmatan medan minyak Bumi Armada Bhd (ARMADA).

Mendiang Ananda Krishnan memilih untuk menjarakkan diri daripada tumpuan media sepanjang hayatnya, walaupun perniagaannya berkembang.

Beliau berulang-alik antara Malaysia dan Perancis, di mana dia menghabiskan sebahagian besar masanya bersama isterinya.

Anak lelaki tunggalnya adalah seorang sami Buddha di Thailand, manakala dua anak perempuannya tidak berminat untuk mengambil alih perniagaannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat