Azmin dilantik SU Agung Bersatu, Rina Bendahari dan Tun Faisal Ketua Penerangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu hari ini mengumumkan pelantikan jaawatan-jawatan kanan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu sesi 2024- 2027 berkuat kuasa 30 November ini.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Setiausaha Agung Bersatu diisi oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Bendahari Agung Datuk Seri Rina Harun manakala Ketua Penerangan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

“Sukacita saya ingin mengumumkan pelantikan jawatan-jawatan kanan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu bagi sesi 2024-2027 yang dibuat menurut Fasal 13.9 Perlembagaan Bersatu. Pelantikan ini akan berkuatkuasa pada 30 November 2024.

“Saya berdoa agar mereka yang dilantik akan menjalankan tugas-tugas yang termaktub di dalam Perlembagaan Bersatu dengan amanah, cekap dan berintegriti.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin bekas Setiausaha Agung, Datuk Mohamed Salleh Bajuri bekas Bendahari Agung dan Datuk Razali Idris bekas Ketua Penerangan di atas segala jasa dan khidmat bakti mereka kepada parti,” kata Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam kenyataan medianya pada Khamis.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat