KUALA LUMPUR – Seramai 37, 189 mangsa banjir direkodkan di enam negeri terjejas membabitkan 11,385 keluarga.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, enam negeri terkesan dengan banjir ketika ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.
“Setakat jam 9.32 pagi tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 mangsa membabitkan 11,385 keluarga di enam negeri.
“Sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di keenam-enam negeri setakat ini,” kata Anwar di Dewan Rakyat pada Khamis.
Menurut beliau daripada jumlah keseluruhan itu, Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi membabitkan 30,582 orang yang melibatkan 9,223 keluarga.
” 157 PPS telah dibuka di sembilan daerah di Kelantan,” ujar Perdana Menteri.
Justeru kata Anwar di bawah Timbalan Perdana Menteri I Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, , NADMA telah diarah untuk memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri untuk memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir dan penduduk di kawasan terkesan menjadi keutamaan tertinggi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) November 2024 hingga Mac 2025.