Wan Rosdy Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Pahang

- Advertisement -

PEKAN: Ahli Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Pelantikan Wan Rosdy disempurnakan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, pada Isnin, sebentar tadi.

Terdahulu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang.

Menerusi kenyataan media Istana Pahang pada Ahad, Pemangku Raja Pahang juga memperkenankan pembentukan kerajaan negeri Pahang daripada parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Wan Rosdy mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai untuk penggal kelima, selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan keputusan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Rosdy yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) memperoleh 10,092 undi untuk menang dengan majoriti 6,983 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Abdul Rasid Mohamed yang mendapat 3,109 undi.

Calon Pakatan Harapan Ismail Mohd Hussin pula hilang deposit, apabila hanya memperoleh 1,464 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat