Politik Seni Segala Kemungkinan, Biar Masa Tentukan Hubungan UMNO, PAS – Mahdzir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Biar masa yang menentukan sama ada UMNO dan PAS akan bekerjasama dan bergandingan di bawah Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Sinar, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, agak sukar untuk meramal apa yang akan berlaku pada masa depan memandangkan dunia politik tertakluk kepada ‘seni dalam segala kemungkinan’ (art of possibility).

Beliau berkata tiada yang mustahil dalam politik dan apa jua kemungkinan juga boleh berlaku kelak.

“Tak mustahil perkara yang kita rasakan tidak akan terjadi, boleh jadi kenyataan dan begitu juga sebaliknya. Semua pihak perlu terbuka untuk menerima segala kemungkinan berhubung perkara itu pada masa akan datang,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Padang Terap itu lagi, kemungkinan kedua-dua pihak boleh merujuk pandangan dari luar parti berhubung kepimpinan masing-masing.

“Kalau tengok kepada kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan sesetengah kepimpinan UMNO sendiri, nampaknya seolah-olah Muafakat Nasional itu sudah tiada.

“Tetapi, segala kemungkinan ini macam-macam boleh jadi dan masa akan menentukan. Kalau tidak ada gandingan pada PRU15, nak buat macam mana, kalau ada, kita terimalah,” katanya.

Ujarnya lagi, setakat ini, tiada kata putus berhubung perkara itu untuk berdepan PRU15 dan meminta semua pihak menyerahkan kepada faktor masa.

Hubungan dan kerjasama antara UMNO dan Pas di bawah MN menjadi tanda tanya berikutan kedua-dua parti itu tidak bersama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat