Letak Anwar Tanding Tambun Bukan Main Sondol Saja, PKR Dah Kaji Sokongan – Rafizi

- Advertisement -

AMPANG – Langkah PKR menempatkan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Tambun bukanlah niat PKR untuk menjatuhkan karier politik beliau.

Sebaliknya Pengarah Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli menyatakan PKR sebuah parti reformasi yang sanggup mengambil risiko mencipta gelombang perubahan.

“Saya salute kepada Anwar kerana beliau mempertaruhkan segalanya di kerusi tak selamat.

“Saya tahu ramai tanya adakah Anwar boleh menang di Tambun? Kita tak pernah buat keputusan pakai sondol saja, kita dah semak sebelum buat keputusan, kita dah kaji sokongan di Tambun.

“Kita hanya umum lepas dapat pengesahan minggu lepas. Setakat ini Anwar sedang mendahului di Tambun,” kata Timbalan Presiden PKR itu di Taman Kosas, Ampang malam ini.

Rafizi juga memperbetul persepsi kononnya Anwar dituduh hanya mahu jadi Perdana Menteri.

“Kalau Anwar hanya nak jadi Perdana Menteri beliau tak akan tanding di Tambun. Baik tanding di Lembah Klang.

“Anwar sanggup ambil risiko untuk bawa gelombang perubahan, jangan malas kita ambil risiko untuk tukar kerajaan,” ujar Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat