Kalau Tak Mahu Kena Maki Dengan Rakyat, Hiduplah Seperti Orang Biasa – Rafizi

- Advertisement -

AMPANG – Wakil-wakil rakyat yang dipilih sekiranya tidak mahu dimaki oleh rakyat hiduplah seperti rakyat biasa bukannya bangsawan.

Timbalan Presiden PKR yang juga Pengarah Pilihan Raya, Rafizi Ramli menitipkan nasihat supaya calon-calon tidak lupa diri apabila dipilih menjadi wakil rakyat kerana itu hanyalah kontrak lima tahun yang diberikan rakyat sebagai tanggungjwab yang perlu dipikul.

“Rakyat mahukan wakil rakyat yang tawaduk, rendah diri. Ingat bila menang kita kerja bersandarkan kontrak 5 tahun, di akhir kita akan dinilai semula sama ada kontrak disambung atau tidak. Rakyat yang tentukan.

“Jangan tiba-tiba dipilih berubah jadi bangsawan, tak sampai 5 bulan jadi wakil rakyat bawa kereta besar.

“Rakyat marah kerana kamu makan gaji dengan rakyat. Ingat, bila habis kontrak kena jadi rakyat semula, ini dah jadi bangsawan taktau nak jadi orang biasa,” katanya di Taman Kosas Ampang malam ini.

Rafizi juga menempelak sikap wakil-wakil rakyat yang lupa diri apabila disanjung ketika berada di puncak kuasa.

“Sebab itu jadi katak dan gila.Takut hilang jawatan, takut jadi rakyat biasa.

“Kalau yang muda tak hati-hati banyak dugaan. Ada duit, ada orang cium tangan, dan tiba-tiba jadi hebat.

“Kalau ingin tak kena maki dengan rakyat hiduplah seperti orang biasa. Insyaallah selamat,” nasihat beliau dihadapan lebih 2,000 hadirin yang hadir.

Malah Rafizi juga memberitahu ketika ini ahli-ahli politik adalah kelompok yang paling dibenci.

“Banyak maki-makian kepada ahli politik di media sosial.

“Rakyat hilang keyakinan bukan saja kepada watak-watak politik tapi proses politik itu sendiri dikritik,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat