Agong Berkenan Ke Majlis Pelancaran Projek Perumahan, Penyampaian Watikah Tawaran Bantuan Mangsa Banjir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari berkenan ke Majlis Pelancaran Projek Perumahan dan Penyampaian Watikah Tawaran Bantuan untuk mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Kg. Temai Hulu, Pekan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengiringi Seri Paduka Agong di majlis tersebut berkata sumbangan untuk projek tersebut diterima daripada Pertubuhan Palang Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang diperuntukkan oleh kerajaan UAE.

“Sesungguhnya, keprihatinan tinggi serta kecaknaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku terhadap nasib rakyat jelata yang ditimpa musibah dan bencana, tiada tolok bandingnya.

“Berkenaan majlis ini, sebanyak RM12.175 juta diperuntukkan oleh Kerajaan UAE yang dibiayai oleh Pertubuhan Bulan Sabit Merah UAE bagi membina 123 buah rumah melibatkan tujuh daerah di negeri Pahang kepada mangsa terjejas banjir,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan Bulan Sabit Merah UAE, di atas sumbangan untuk pembinaan rumah baharu mangsa banjir di Pahang yang kehilangan tempat tinggal baru-baru ini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang, sekali lagi, kami amat berterima kasih di atas keprihatinan dan kemurahan hati yang ditunjukkan oleh Kerajaan UAE dalam membantu rakyat kami,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat