Cikgu Ali Berpanas Baiki Sekolah Dilanda Ribut

- Advertisement -

MELAKA – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad sanggup berpanas membaiki bumbung sekolah yang rosak di landa ribut.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Negara itu berkata ia dilakukan bagi memastikan proses pembelajaran anak murid sekolah tidak terganggu.

“Walaupun pancaran cahaya matahari sangat terik ia tidak menghalang semangat saya untuk membantu membaiki Adec yang rosak. Ini semua kerana kasih dan sayang saya kepada anak-anak murid yang dikasihi.

“Walaupun saya seorang bekas guru, tetapi semangat keguruan tetap tersemat di dalalam hati dan jiwa saya. Kerana itu, apa yang saya lakukan ini adalah untuk keselesaan proses pembelajaran anak-anak memandangkan sesi persekolahan akan di buka tidak lama lagi.

“Ini juga pengorbanan dan kasih sayang para guru kepada anak didikannya,” katanya melalui satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook sebentar tadi.

Beberapa atap jubin di SK Kg Gelam mengalami kerosakan setelah di landa ribut pada Selasa.

Bertindak dari aduan orang ramai, Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ali segera menyewa sebuah jentera berat ‘skylift’ bagi membaiki kerosakan tersebut.

Paling menarik beliau sendiri turut kelihatan menaiki jentera tersebut bagi membantu kerja-kerja pembaikan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat