BN Dikompaun RM10,000 Anjur Pelancaran Jentera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) telah dikompaun sebanyak RM10,000 kerana menganjurkan Pelancaran Jentera BN bagi PRN Melaka.

Notis kompaun itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kepong di bawah Akta 342 kepada BN.

BN didapati kerana telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi penganjuran majlis sosial.

BN telah mengadakan Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Pusat Dagangan Dunia (WCT) di Kuala Lumpur pada Rabu malam.

Sebelum itu, pada petang semalam Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dikompaun RM4,000 selepas mengadakan sidang media berkaitan PRN Melaka di bangunan Stadthuys,

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata hanya lima orang hadir pada sidang media itu yang diadakan di kawasan terbuka, malah mereka juga menjaga penjarakan fizikal.

Ahli Muda, Amira Aisya dikompaun RM4,000 oleh polis kerana didakwa melanggar SOP berkaitan COVID-19.

Sidang media selama 10 minit itu diadakan bagi mengumumkan keputusan parti itu untuk bertanding pada PRN Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat