Pegawai Masjid, Jurunikah dan Guru KAFA Sedia Ambil Vaksin – MAIS

- Advertisement -

SHAH ALAM – Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), pegawai masjid dan jurunikah yang enggan mengambil vaksin Covid-19 sebelum ini dilaporkan telah bersedia mengambil suntikan vaksinasi tersebut.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, perkembangan positif itu dimaklumkan kepadanya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah spesifik tiga kumpulan berkenaam namun ini menunjukkan kesedaran kepentingan vaksinasi dalam kehidupan seharian dan kerja harian mereka sebagai barisan hadapan.

“Ini adalah satu perkara baik kerana kita hendak kurangkan risiko berlakunya jangkitan Covid-19 di masjid, surau dan sekolah KAFA.

“MAIS dan JAIS masih memberi peluang kepada kumpulan ini mengambil vaksin untuk satu tempoh sebelum tindakan terhadap mereka diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan penyerahan dividen, zakat perniagaan, sumbangan wakaf dan anak yatim serta modal perniagaan EMP Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni menegaskan seramai 130 KAFA di Selangor yang enggan menerima vaksinasi akan dipanggil semula bagi sesi penerangan kali kedua dalam masa terdekat. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat