Pasukan Petugas Khas Menangani Isu Felda Ditubuhkan -Mustapha Mohamed

- Advertisement -

CYBERJAYA: FELDA merupakan sebuah institusi yang amat penting dalam pembangunan negara. Walau bagaimanapun agensi ini berhadapan dengan beberapa masalah serius yang perlu ditangani segera.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato Seri Mustapha Mohamed, berkata Kerajaan telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu FELDA yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar dan turut disertai oleh Dato’ Seri Idris Jusoh, Pengerusi FELDA.

Pasukan ini juga merupakan kesinambungan daripada Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian FELDA’ yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April 2019.

“Pasukan ini telah mengenal pasti beberapa masalah utama yang dihadapi oleh FELDA dan amat penting untuk ditangani segera,

“Antara masalah utama yang dihadapi ialah struktur modal yang tidak mampan dan bebanan hutang yang tinggi berjumlah RM10.6 bilion,” jelasnya melalui kenyataan media, sebentar tadi.

Menurut beliau yang juga bertanggungjawab menjaga FELDA, keadaan ini juga berpunca daripada sumber pendapatan yang berkurangan terutamanya terimaan bayaran pajakan bagi 351,000 hektar tanah ladang dan perkongsian keuntungan yang rendah berbanding jangkaan di bawah Perjanjian Pajakan Tanah (LLA).

Terdapat Kelemahan tadbir urus dan pengurusan kewangan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi oleh Felda. Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu FELDA ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Oktober 2020.

“Antara cadangan yang diterima oleh Jemaah Menteri ialah Penstrukturan semula hutang dengan institusi, Meningkatkan pendapatan teras dari tanah ladang FELDA dengan menamatkan dan meningkatkan daya berdikari,

“Jemaah Menteri juga telah meluluskan cadangan penerbitan sukuk oleh FELDA bernilai RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan bagi melaksanakan pelan pemulihan FELDA yang dikemukakan,” katanya lagi.

Jelas beliau lagi, Kedudukan kewangan FELDA dijangka mencatatkan aliran positif bermula tahun 2023 dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut. FELDA akan kembali ke landasannya sebagai sebuah badan yang dihormati dan berdaya maju.

“Penyelesaian isu-isu yang dihadapi oleh FELDA tidak akan lengkap tanpa pengukuhan tadbir urus serta kecekapan dalam menguruskan ladang,

“Sehubungan itu, Lembaga Pengarah serta pengurusan FELDA hendaklah komited meningkatkan kecekapan pengurusan dan menambahbaik tadbir urus, tegasnya.

Dalam pada itu, jelas beliau lagi pelaksanaan cadangan-cadangan ini oleh FELDA akan dipantau secara terperinci oleh sebuah jawatankuasa pemantauan yang akan melapor kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat