‘Jessica terbuka belajar mengenai agama Islam’ – Bambang

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengarah filem Mengejar Surga, Bambang Drias berkongsi mengenai cabaran dalam mengarahkan filem romantik bercorak keagamaan itu memandangkan bintang utamanya, Jessica Mila adalah pelakon beragama Kristian.

Bambang ketika ditemui di tayangan media filem itu berkata, Jessica juga terbuka untuk belajar mengenai agama Islam bagi menjayakan watak sebagai Atikah dalam filem itu.

“Memang ada beberapa calon pelakon, tetapi, kebanyakannya tidak dapat memenuhi jadual yang kami tetapkan. Jessica adalah pelakon yang paling sesuai untuk memegang watak Atikah.

“Walaupun dia beragama Kristian, dia terbuka untuk belajar mengenai agama Islam contohnya, cara solat, cara berpenampilan bertudung dan sebagainya,” katanya.

Selain Jessica, seorang lagi pelakon iaitu Jeremy Thomas yang memegang watak sebagai bapa Atikah, bernama Hendrick juga adalah pelakon beragama Kristian.

“Untuk latihan, ia memakan masa sekitar sebulan setengah. Proses penggambaran pula berlangsung selama sebulan di Amsterdam dan Indonesia,” katanya.

Mengejar Surga mengisahkan mengenai perjalanan Atikah mencari bapanya untuk menjadi wali bagi melangsungkan majlis perkahwinannya bersama Iqbal.

Sepanjang perjalanan itu, Atikah berdepan pelbagai dugaan. Filem Mengejar Surga ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 26 Mei lalu dan berjaya mencecah angka sehingga 70,000 penonton. Di Malaysia, filem ini akan ditayangkan pada 29 September ini. Selain Jessica dan Jeremy, filem itu juga turut dibintangi oleh Al Ghazali, Kimberly Ryder, Delano Daniel dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,481FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat