Suara di telinga jentik hati tinggalkan Raihan

- Advertisement -

Nazrey berkata, selama 20 hari itu, beliau melawat kampung di pedalaman Ranau, Kota Belud, Sandakan dan beberapa kawasan lain untuk menarik penduduk Islam pergi ke surau dan masjid.

“Ketika itu, apabila mereka pergi ke surau, kadang-kadang hanya seorang atau dua orang sahaja.

“Alhamdulillah, apabila mereka mengajak saya, ramai turut serta. Apabila saya datang, saya menyanyi dan beri ceramah.

“Alhamdulillah, yang hadir sampai beratus-ratus orang,” katanya.

Nazrey yang berasal dari Ranau berkata, sebelum berangkat ke Sabah, iaitu sejurus pulang daripada menjayakan persembahan di Kanada selama 20 hari, beliau memohon cuti daripada teman Raihan yang lain.

“Saya mahu balik Sabah, jadi minta cuti 20 hari. Itu yang membuatkan saya tidak rasa bersalah sebab sudah minta cuti,” katanya mengimbas kenangan terakhir bersama Raihan.

Selepas membuat keputusan berundur daripada Raihan, Nazrey bertemu arwah ibu untuk berkongsi perkembangan itu.

Nazrey bersyukur ibu memberi restu dan menjadikan dirinya lebih yakin dengan keputusan meninggalkan dunia glamor.

“Saya balik rumah jumpa emak dahulu. Kalau mahu keberkatan hidup, perkara pertama kena fikir siapa yang melahir dan membesarkan kita.

“Bapa saya sudah lama meninggal dunia, yang tinggal hanya emak. Tetapi emak sudah meninggal dunia, beberapa tahun lalu.

“Saya cakap kepada emak, saya kena berhenti daripada Raihan sebab mahu buat kerja dakwah di Sabah.

“Saya beritahu, susah apabila saya dengan Raihan, saya tidak boleh selalu ke Sabah. Saya minta restu. Emak cakap, mana sahaja yang baik untuk saya, buatlah. Jadi, emak benarkan,” katanya.

Dengan restu ibu, Nazrey menghubungi anggota Raihan dan bekas pengurus, Farihin Abdul Fattah bagi menyatakan hasrat menarik diri.

Namun, akui Nazrey, hasratnya berundur tidak disambut baik.

“Apabila pulang ke Kuala Lumpur, saya telefon anggota Raihan menyatakan niat berjumpa mereka di surau Bandar Sri Damansara untuk beritahu perkara penting.

“Turut dipanggil adalah Farihin. Kenapa saya panggil dia? Sebab saya mahu minta ampun dan segala salah silap yang pernah saya buat kepadanya.

“Farihin kata ini adalah pilihan saya dan buatlah yang terbaik,” katanya.

Nazrey berkata, anggota Raihan iaitu Abu Bakar, Che Amran dan Amran turut bersama dalam pertemuan itu.

“Saya minta ampun daripada mereka sebab tarik diri kerana tidak boleh tinggalkan program dakwah di Sabah.

“Saya beritahu supaya mereka boleh cari pengganti. Saya tidak tahu jika mereka marah atau tidak.

“Mereka nyatakan, kalau saya mahu berhenti, berhentilah. Tiada pergaduhan yang berlaku,” katanya.

 

Kini, Raihan hanya memiliki tiga anggota iaitu Abu Bakar, Che Amran dan Amran.
Kini, Raihan hanya memiliki tiga anggota iaitu Abu Bakar, Che Amran dan Amran.

 

Nazrey berkata, sejak pertemuan pada Januari 2006 itu, mereka tidak lagi bekerjasama dalam mana-mana persembahan sehingga hari ini.

“Kali terakhir saya berjumpa mereka ketika mendengar berita Abu Bakar sakit.

“Saya melawatnya di rumah dan beliau terkejut. Itu pun jasa kumpulan Inteam yang membawa saya ke sana kerana ketika itu, saya merakamkan lagu bersama Inteam.

“Alhamdulillah, baik-baik sahaja ketika itu. Kami bersalaman, berpeluk dan mendoakan dia sihat selalu,” katanya.

Justeru, tegas Nazrey yang juga bapa kepada tujuh anak, tiada perkara sensitif berlaku sehingga mengeruhkan keruh.

Malah, beliau tidak menyimpan perasaan negatif terhadap tiga rakannya itu.

Sebaliknya, Nazrey mendakwa dirinya sentiasa terbuka untuk berkongsi pentas sekali lagi dengan anggota kumpulan Raihan.

“Tiada perkara yang sangat sensitif sebenarnya yang berlaku. Ia mungkin dalam hati mereka tidak selesa saya berhenti.

“Tetapi mengapa mereka tidak halang ketika saya beritahu mahu berhenti.

“Kalau mahu saya terus bersama, kena halang dan pujuk saya. Katakan nanti ada masa kita boleh pergi melakukan dakwah bersama dan boleh kekal dengan Raihan.

“Kalau ketika ketiadaan saya, mungkin mereka boleh ganti dengan penyanyi lain. Tapi mereka tidak kata begitu,” katanya.

Nazrey mengaku selalu berdoa agar diberi kekuatan untuk menarik diri daripada Raihan tanpa mencetuskan permusuhan antara dirinya dan ahli lain.

“Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya, keluarkan saya dengan cara baik.

“Saya selalu berdoa seperti itu hampir setiap hari kerana tidak mahu terbabit dengan populariti. Hati saya tidak tenang.

“Jadi, saya berdoa diberikan jalan keluar secara baik daripada kumpulan Raihan.

“Selepas 13 tahun atau 14 tahun saya bersama Raihan, barulah Allah jawab doa saya,” katanya.

Jualan 18 album termasuk komplikasi dirakam Raihan mencapai 3.5 juta unit termasuk bingkisan sulung, Puji-Pujian yang laris lebih 1.5 juta unit.

Menerima 17 trofi Anugerah Industri Muzik (AIM) daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) sepanjang karier bermula 1997.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat