Siapa peduli projek mega, RMK 12 wajar utamakan rakyat lapar – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak ada gunanya kerajaan menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12) membangunkan projek-projek mega sedangkan rakyat menderita kelaparan, menganggur dan mutu pendidikan yang malap,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu sebaliknya mencadangkan supaya kerajaan menangguhkan projek-projek besar kerana kata beliau tidak ada gunanya dibangunkan semua itu sedangkan rakyat kelaparan.

“Apa faedah kita nak teruskan dalam keadaan orang kelaparan, menggangur, tidak cukup mutu pendidikan yang ada sekarang. Ini yang patut disebut sebagai transformasi.

“Tangguh projek-projek besar, apa guna teruskan projek kalau orang kelaparan,” tegas Anwar ketika pembahasan usul RMK12 di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Presiden PKR itu menambah, cadangan pembelaan rakyat tersepit lebih penting jika dibandingkan dengan projek-projek mega yang dicadang kerajaan.

“Kita harus bangunkan Bumiputera. Apa salahnya kalau kita tumpukan latihan, mutu kesihatan awam , mutu pendidikan kepada goongan miskin desa dan bandar keutamaan kepada Bumiputera.

“Peruntukan itu, tetapi tidak kerana ditekankan soal GLC, soal kontrak , mahu lahirkan ramai jutawan. Kita tak peduli.

“…Yang ramai, berjuta-juta Bumiputera ini yang harus diberikan perhatian.

” Parlimen ini harus beri tumpuan sepenuhnya menuntut supaya RMK12 ini berikan tumpuan kepada kebajikan rakyat pasca pandemik COVID-19. Kalau perlu, tanguhkan projek-projek besar, tangguh projek lapangan terbang, ECRL dan teliti semula MRT 3,” syor Anwar.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan rangkaian rel dan jalan raya bersepadu menghubungkan lapangan terbang dan pelabuhan dengan kawasan perindustrian, bandar serta luar bandar akan dipertingkat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Katanya, infrastruktur dan utiliti asas yang berkualiti dan berdaya harap seperti jalan raya, rel, bekalan air dan elektrik adalah aspek yang sangat penting.

Antara projek-projek utama yang telah dilaksanakan, katanya, termasuk Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 1 yang menghubungkan Rawang ke Salak Selatan dan dijangka siap pada 2022.

Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru yang juga jajaran akhir landasan berkembar elektrik dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor dijadualkan siap pada 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat