Kabinet fokus kerjasama Persekutuan dan negeri, pegawai kerajaan sokong visi Madani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Fokus utama mesyuarat Kabinet hari ini adalah kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri dengan menekankan aspek pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkongsi inti pati mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu yang antara lain menekankan peri pentingnya inisiatif yang menyokong visi Malaysia Madani terutamanya dikalangan penjawat awam.

“Hadir dalam Mesyuarat Kabinet pagi ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

“Mesyuarat pagi ini membincangkan pelbagai isu berkaitan pentadbiran dan dasar kerajaan.

“Antara fokus utama mesyuarat adalah kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri, dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Mesyuarat juga menekankan pentingnya inisiatif yang menyokong visi Malaysia Madani, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan pegawai kerajaan,” kata Mohamad yang juga Presiden Amanah di Facebooknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat