Ismail Sabri kecewa dilabel pengkhianat parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akui kecewa apabila dilabel pengkhianat oleh partinya sendiri sedangkan beliau tidak pernah sekali pun membelakangkan parti dalam setiap keputusannya sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Beliau bahkan berpeluang untuk campur tangan ketika Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menolak usul Umno untuk menangguhkan pemilihan parti untuk pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Ketika audio siar Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkongsi cerita, kata Khairy sebelum keputusan dibuat untuk tangguhkan pemilihan parti memang ada perbincangan dan usaha daripada beberapa ahli Parlimen supaya kita tolak usul Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“RoS nak kata RoS tak boleh dipengaruhi itu tak tepatlah, boleh saja (pengaruhi) untuk tolak permintaan Umno untuk tangguh pemilihan.

“(Dengan cara) kita paksa Umno adakan pemilihan parti dan kita sokong Ismail Sabri sebagai Presiden sebab kita nak satukan jawatan PM dan Presiden parti.

“Tetapi Ismail Sabri kata no (tidak), kita ikut keputusan parti. Dia tak nak pecahkan parti.

“Jadi boleh disimpulkan boleh ja tikam tapi dia simpan balik,” kongsi Khairy.

Sementara itu, Ismail Sabri memberi maklum balas bahawa beliau ketika itu adalah Naib Presiden Umno dan juga sebahagian daripada Majlis Tertinggi (MT) Umno.

“Saya kata saya nombor tiga dalam parti, MT dah buat keputusan, saya sebahagian daripada MT.

“Perhimpunan Agung Umno (PAU) pun sebulat suara. Jadi kalau saya tak ikut parti ini jadi ini akan beri contoh tak baik, akan datang pun tak ada sapa akan peduli kepada parti, maka saya serah kepada RoS buat keputusan,” jelas bekas Perdana Menteri itu.

Berkongsi lanjut, Ismail Sabri mengakui sangat kecewa dengan parti Umno yang secara jelas tidak menyokong beliau ketika menjadi Perdana Menteri.

“Tentunya saya kecewa, parti lain sokong saya, yang tak sokong parti saya sendiri sudah tentu saya kecewa.

“Kalau boleh saya nak parti saya sokong saya sebab saya sokong parti.

“Waktu saya jadi PM, saya sokong parti …bukan setakat mainstream parti tapi ke Pemuda, Wanita dan Puteri semua saya sokong dan setiap keputusan parti saya ikut.

“Saya terbang balik dari Washington kerana ada PAU luar biasa, jet lag lagi waktu itu tapi parti nak buat mesyuarat nak tangguhkan selepas pilihan raya, saya balik dan setiap kali apa yang parti nak saya buat, tapi tak pernah dapat pengiktirafan apa-apa daripada parti,” luah beliau.

Bahkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Umno sudah mulakan gerakan supaya beliau membubarkan Parlimen.

“(Desakan) pilihan raya cepat lepas Johor, kumpulan bubar bubar itu dah mula dan saya boleh sekat.

“Kalau saya nak buat, tolak sajalah usul daripada Umno ni, saya boleh panggil RoS ramai saja orang jangka saya buat macam tu tapi bagi saya keputusan untuk PAU dibuat dalam MT, kita setuju ditangguhkan selepas pilihan raya.

“Dalam PAU semua buat keputusan tangguh, saya tak nak langgar keputusan parti, tapi saya ikut keputusan parti sebab itu saya agak kecewa dengan parti kerana tidak sokong saya,” ujarnya.

Ditanya sama ada beliau menyesal kerana tidak menghalang RoS untuk membenarkan Umno menangguhkan pemilihan parti.

Kata Ismail Sabri, beliau pernah terfikir tapi tidak menyesal.

“Bagi saya menjalankan tugas kepada parti dengan baik.

“Ada orang bagitau saya, kamu ni sepatutnya masih PM tapi baik sangat kenapa tak tangkap saja musuh-musuh macam orang lain buat?

“Saya kata lebih baik orang ingat saya sebagai orang baik daripada ingat saya sebagai orang jahat, itu prinsip saya,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat