“Saya sangat jaga hati Presiden Umno, sampaikan siren, lampu pengiring pun suruh padam” – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui beliau sangat menghormati dan berusaha sehabis baik menjaga hati Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementelah ketika itu Zahid bukan sebahagian daripada barisan kerajaan di Putrajaya.

Meskipun sangat menjaga keharmonian hubungan antara beliau dan Zahid itu namun tetap berdegar-degar wujudnya naratif kluster Putrajaya dan kluster PWTC yang direka semata-mata untuk memecahkan hubungan dalaman Umno.

“Saya sebenarnya tidak ada apa-apa masalah dengan Umno dengan Datuk Seri Zahid sebagai Presiden pun saya tidak ada masalah dengan dia, dan saya hormati dia  dia adalah presiden parti, suka atau tidak, saya nombor tiga (naib presiden) mesti saya hormat dia.

“Punya saya nak jaga hati mereka ini, waktu saya jadi menteri pertahanan saya ada pengiring, saya ada escort polis waktu itu saja jadi TPM, PM maksimum penuh berpuluh orang jadi UTK pengiring saya. Tapi kerana nak jaga hati mereka saya tak pernah minta bila mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan sebagainya drop saya kat level 4 orang akan tengok presiden akan dengar bunyi siren saya takut dia lagi tersentuh, terasa hati saya mesti masuk parkir level 3 terus naik atas .

“Polis tak boleh buka siren kerana nak jaga hati Presiden saya. Kalau saya nak jumpa dia (Zahid), sebagai PM saya boleh kata Datuk kamu datang jumpa saya kat pejabat, tak saya pergi ke Yayasan Akal Budi di Country Heights, masuk saja kawasan Country Heights padam semua lampu-lampu polis. Bahkan polis yang ramai-ramai duduk jauh sikit dari pagar tu, satu kereta saya saja yang masuk dalam sebab nak jaga hati presiden,” kongsi Ahli Parlimen Bera itu dalam podcast audio-siar yang dimuat naik pada Rabu.

Ismail Sabri juga mengimbau perasaan apabila beliau tidak mendapat sokongan daripada partinya sendiri sewaktu mengemudi kerajaan.

“Waktu saya tu yang tak sokong saya itu adalah dari parti saya Umno, pemimpin Umno yang tak sokong saya.

“Sedangkan pembangkang semua sokong saya, tandatangan MoU dengan saya untuk beri sokongan kepada saya dan tak ganggu saya, jadi pembangkang, PKR ke apa okey dengan saya yang tak okey yang macam-macam ini dalaman Umno.

“Bagi saya tidak ada perubahan pun antara saya dengan Umno, saya jadi menteri kanan, TPM, PM pun,” jelas beliau.

Kata Ismail Sabri lagi, sebenarnya gerakan untuk memecahkan Umno tak pernah daripada Putrajaya walaupun ada dua kem Putrajaya dan PWTC tingkat 38 itu mereka yang cipta naratif.

“Tidak pernah ada dikalangan kita menteri ataupun Putrajaya ni tak pernah kita ada naratif berbeza dengan naratif parti, kita ikut apa yang parti minta kita buat.

“Sebab itu kalau saya nak lawan parti, saya tak akan peduli masa parti suruh saya bubar Parlimen, saya bubar Parlimen sebab parti yang nak saya bubar, I’m a party man,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat