MKT ‘kurang senang’ cara desak terhadap PM dalam Taklimat Khas Presiden

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno ‘kurang senang’ dengan Taklimat Khas Presiden UMNO petang tadi kerana dianggap ‘keterlaluan’.

MKT merasakan tidak sewajarnya Taklimat Khas Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jadi medan hentam-menghentam seperti itu.

“Mood MKT malam ini menyatakan Taklimat Khas Presiden tadi ‘over’.

“Tak patut suasana macam tu, Umno seharusnya tampilkan imej parti yang bergerak dalam satu unit bukan hentam -menghentam seperti itu,” kata sumber kepada Suara.TV malam tadi di Menara Datuk Onn.

Dia juga memberitahu MKT pada akhirnya bersepakat tidak lagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk mempercepatkan pembubaran Parlimen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“MKT semua tidak lagi akan mendesak Perdana Menteri kerana hak bubar Parlimen dan tarikh PRU-15 adalah hak mutlak Perdana Menteri.

“Bahkan MKT juga menggesa Umno patut kelihatan harmoni bukannya berantakan seperti yang ditampilkan dalam Taklimat Khas tadi,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, memberitahu MKT membincangkan solidariti bagi memperkukuh parti untuk menghadapi PRU-15.

Selain itu Bung Moktar berkata, turut dibincangkan mengenai menstabilkan ekonomi dan negara.

“Benda tak penting kita tak bincang, kita bincang perkara untuk memperkukuh parti, parti kuat calon kita menang,” katanya kepada media selepas mesyuarat MKT.

Ditanya sama ada mesyuarat membincangkan tarikh pilihan raya, beliau yang juga ahli MKT memaklumkan tiada.

“Kita tak bincang, itu hak Perdana Menteri.

“Tarikh pilihan raya dan bubar Parlimen itu hak Perdana Menteri,” tegas ahli MKT itu lagi.

Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti.

Sementara itu, seorang lagi MKT, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyatakan mesyuarat tidak pula membangkitkan soal penukaran ‘poster boy’.

“Tak tukar, kekal Ismail Sabri ‘poster boy’… orang yang kata nak tukar tu mengarut,” ulasnya ringkas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat