Timbalan Presiden PAS Hargai Tindakan Tok Mat

- Advertisement -

Cyberjaya – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi menzahirkan ucapan penghargaan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan atas tindakan spontan yang dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO itu semalam.

“Semangat pemimpin muda yang sangat dihargai @tokmatn9,” komennya ringkas.

Tuan Ibrahim berkata demikian melalui ciapan di laman Twitternya sebagai maklum balas terhadap laporan SuaraTV berhubung tindakan Mohamad yang memberi laluan kepadanya untuk menjadi penceramah terakhir ketika program Ceramah Muafakat Nasional, di Felda Trolak Timur, pada Khamis.

Terdahulu Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat spontan bangun menuju ke tempat berucap sebaik sahaja juru acara mengumumkan nama Tuan Ibrahim untuk menyampaikan ucapan.

Menurut Tok Mat sudah menjadi adat orang Negeri Sembilan untuk menghormati dan memuliakan orang yang lebih tua.

Seterusnya Tuan Ibrahim ketika menyampaikan ucapan penutup memuji tindakan tersebut dengan mengucapkan terima kasih. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat