PKPP, Tabung Covid-19 Dilanjutkan Hingga 31 Disember Ini – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir Isnin ini dilanjutkan sehingga 31 Disember depan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.

“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP yang disiarkan di televisyen tempatan malam ini.

Pada 7 Jun lepas, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP sehingga 31 Ogos bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Tabung COVID-19 yang diurus oleh NADMA juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.

“Sehubungan itu, pihak-pihak yang ingin menyumbang kepada tabung ini bolehlah berbuat demikian.

“Sumbangan kepada tabung ini akan digunakan untuk membantu mangsa COVID-19 dan menyediakan keperluan-keperluan untuk membendung wabak ini,” jelas Muhyiddin.

Sebelum ini, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Kerajaan kemudian mula melonggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB) yang kemudian beralih ke PKPP bermula 10 Jun lalu. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat