Kerana Hormat Timbalan Presiden PAS, Mat Hasan Berucap Awal

- Advertisement -

Tanjung Malim – Kerana rasa hormat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bangun untuk berucap terlebih dahulu bagi memberi peluang kepada Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi penceramah terakhir ketika program Ceramah Muafakat Nasional, di sini sebentar tadi.

Sebaik sahaja memaklumkan kepada Tuan Ibrahim, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu terus bangun menuju ke tempat berucap.

Walaupun pengacara majlis telah mengumumkan nama Tuan Ibrahim untuk berucap terlebih dahulu.

“Tak apa, (biar saya berucap terlebih dahulu) kerana adat Negeri Sembilan yang tua dan mulia harus kita hormati, katanya sambil di sambut dengan tepukan oleh hadirin yang hadir.

Mohammad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat itu kemudiannya memuji usaha yang di lakukan Tuan Ibrahim selaku Menteri Alam Sekitar dan Air.

“Saya amat suka ikuti temubual Datuk Tuan kerana saya tertarik dengan setiap isu alam sekitar yang dibangkitkan.

“Teruskan Datuk Tuan kami akan sentiasa menyokong kerana isu alam sekitar amat dekat di hati kita,” katanya lagi.

Program yang diadakan di Dewan Semai Bakti, itu turut dihadiri Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamed dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Tuan Ibrahim ketika menyampaikan ucapan penutup memuji tindakan spontan yang di lakukan Mohamad itu sambil mengucapkan terima kasih.

“Hari ini merupakan hari yang istimewa kepada saya kerana merupakan hari jadi saya, jadi bila Tok Mat kata dia bagi laluan pada saya (berucap di akhir program) kerana saya lebih tua.

“Tapi saya pun tak tahu, sama ada saya atau dia yang lebih tua, apa pun saya ucapkan terima kasih,” katanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat