PRN Sabah: PAS Tiada Masalah Guna Lambang Dacing

- Advertisement -

Kuala Lumpur – PAS tiada masalah untuk menggunakan simbol dacing Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya terbuka untuk menggunakan apa sahaja lambang yang diputuskan oleh Perikatan Nasional (PN) dalam percaturan politik di Sabah.

“PAS tiada masalah guna simbol BN. PAS boleh guna simbol BN di Sabah.

“Kalau keputusan menggunakan simbol (parti) masing-masing, (kita) guna simbol masing-masing, kerana saya difahamkan ada parti di Sabah yang nak buat simbolnya sendiri.

“Terpulang.. kita tak ada masalah,” katanya memetik laporan Sinar Online di Marang hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, berdasarkan sejarah PAS pernah bertanding menggunakan lambang lain dalam pilihan raya sebelum ini.

Ia merujuk kepada keberadaan PAS bersama BN pada awal 1970-an dulu.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu bercadang untuk bertanding antara enam hingga ke sepuluh kerusi di dalam PRN kali ini.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Ir Kahiril Nizam Khirudin berkata, hasil rundingan antara PAS, UMNO dan Bersatu dalam Muafakat Nasional telah sepakat untuk berentap satu lawan satu dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat