Keuntungan TNB Susut Separuh Pertama Tahun Ini

PBS Rakan Kongsi PN, Tapi Bukan Ahli

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) namun, tidak akan menjadi salah satu anggota dalam...

Liverpool Miliki Thiago

DENGAN harga RM144.88 juta (27 juta pound), Liverpool bersetuju mendapatkan Thiago Alcantara dari Bayern Munich. Pengurusan Liverpool sebelum ini tidak bersetuju dengan harga awal yang...

Jurulatih Kelantan United Mahu Pastikan Ke Piala Malaysia

KOTA BHARU: Misi memastikan Kelantan United layak ke Piala Malaysia musim ini menjadi sasaran utama jurulatih baharu, Nazrulerwan Makmor. Bermula semalam, Nazrulerwan ditugaskan membimbing Kelantan...

Gagasan Rakyat Sabah Menang, PRU15 Segera – PM

KOTA BELUD - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi keyakinan sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya menakluk Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MPS Sita Pejabat Azmin Ali Di Gombak

GOMBAK - Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Taman...

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mencatatkan penurunan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 46.7 peratus bagi separuh pertama tahun kewangan 2020 kepada RM1.41 bilion berbanding RM2.65 bilion tempoh sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penyusutan itu disebabkan terutamanya oleh kelembapan ekonomi akibat pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemeruapan nilai tukaran asing.

Syarikat utiliti negara itu merekodkan penurunan perolehan sebanyak 13.7 peratus kepada RM22.55 bilion berbanding RM26.12 bilion tempoh sama tahun lalu.

Ini disebabkan penyusutan sumbangan daripada anak-anak syarikatnya manakala Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) berada di kedudukan rebat sebanyak RM520 juta berbanding lebihan sebanyak RM1.79 bilion pada separuh pertama tahun lepas.

Jualan elektrik bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini terjejas akibat penutupan premis perniagaan semasa PKP kepada 53,535.7 GWh berbanding 58,521.1 GWh tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, permintaan elektrik menunjukkan peningkatan dengan kemuncak permintaan direkodkan pada 17,484 MW pada Jun, 17,724 MW pada Julai dan 18,307 pada Ogos.

“Negara ini menunjukkan petunjuk positif pemulihan ekonomi susulan pembukaan semula sektor industri dan komersial semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Ini telah menunjukkan permintaan elektrik turut meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, TNB menjangkakan trend positif itu akan berterusan dan stabil pada separuh kedua tahun ini. – MalaysiaGazette

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

MPS Sita Pejabat Azmin Ali Di Gombak

GOMBAK - Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Taman...

500 Ahli Warisan Keluar Parti, Sertai Parti Cinta Sabah

PAPAR – Gempar seketika apabila lebih 500 ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) bahagian Papar bertindak keluar parti dan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) kelmarin. Tindakan...

Safiey Ilias Terima Waran Tangkap, Berdepan Hukuman Penjara?

Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias, 26, dikatakan bakal berdepan hukuman penjara membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan...