Ku Li Saran Semua Menteri UMNO Letak Jawatan

- Advertisement -

Cyberjaya – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didesak untuk meninggalkan Muafakat Nasional (MN) ekoran pengumuman yang dibuat untuk menerima bukan Melayu menjadi anggota partinya.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, dengan berlakunya perubahan yang diumumkan oleh Bersatu itu, adalah wajar semua ahli parlimen daripada UMNO yang menganggotai Kabinet sekarang untuk berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang.

“Parti Bersatu dengan pengumumannya yang baru untuk menerima bukan Melayu menjadi anggota partinya telah dengan sendirinya tidak lagi layak menjadi anggota Pakatan Melayu Islam yang didukung oleh Muafakat Nasional.

“Kita UMNO tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional, sebaliknya kita hanya memberi sokongan sejak awal penubuhan kerajaan ini untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

” Ini patut dilakukan secepat mungkin supaya kita tidak membuang masa, lebih baik kita tumpukan kepada masalah-masalah yang lebih besar seperti kedudukan anak muda yang susah mencari pekerjaan dalam situasi kita berdepan pandemik Covid-19 yang mengancam negara pada masa ini.

“Lagipun perkara sebesar ini sepatutnya dibawa ke perhimpunan agung parti tidak lama lagi,katanya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

22 Ogos lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan penubuhan sayap baru dalam parti yang akan membolehkan ahli sekutu bukan Melayu memegang jawatan.

Perkembangan itu hadir selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara rasmi mengumumkan menyertai Bersatu, bersama penyokongnya termasuk bekas pemimpin dan bekas ahli PKR dari kalangan bukan Melayu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat