Kampung Iboi Dilanda Kepala Air Lagi

- Advertisement -

BALING – Hujan lebat yang berlaku hampir satu jam hari ini menyebabkan kejadian kepala air berlaku lagi di Kampung Iboi, di sini.

Kejadian yang berlaku jam 3.45 petang itu menyebabkan air sungai laju yang melimpah dari Gunung Inas mengalir deras di Jambatan Bailey.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata hujan lebat yang turun hampir satu jam mengakibatkan air mengalir dengan laju.

Namun, katanya, kejadian kali ini tidak seburuk tragedi kepala air dan banjir lumpur pada 4 Julai lalu, yang membawa bongkah kayu serta ranting pokok.

Dalam kejadian petang tadi, tiga mangsa daripada satu keluarga yang tinggal berhampiran sungai diarahkan keluar dari rumah demi keselamatan mereka.

“Air banyak sebab hujan tetapi ia tidak menjejaskan penduduk serta tidak menjejaskan jambatan itu, setakat jam 6 petang tadi,” katanya.

Shamsudin berkata, berikutan keadaan itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) diletakkan di kawasan terbabit untuk memantau keadaan air dan penduduk.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang awam supaya tidak berada dekat dengan tebing sungai di kawasan itu bagi memastikan keselamatan mereka.

“Orang ramai dinasihatkan supaya untuk berhenti dan mengambil gambar di tebing sungai untuk melihat air melimpah bagaikan pesta.

“Ini kerana tebing itu tidak kukuh lagi sebab tebing itu tebing berpasir. Kita bimbang tebing sungai runtuh dan membahayakan mereka,” katanya.

Kejadian kepala air dan banjir lumpur pada 4 Julai lalu mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan ratusan rumah rosak. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat