Muhyiddin masih ada sokongan, mana bukti Anwar ada majoriti?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat sesi petang hari ini panas apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa sudah hilang majoriti.

Perkara ini dicetuskan oleh ahli Parlimen (PH-Bangi) Ong Kian Ming yang mendakwa Muhyiddin sudah hilang majoriti kerana krisis kepimpinan yang tidak baik.

Kian Ming sebaliknya yakin, sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang menjadi Perdana Menteri beliau akan menjalankan tugas lebih tegas berbanding Muhyiddin.

“Ini adalah rahsia yang terbuka, Pagoh tidak ada lagi majoriti di Dewan Rakyat ini. Walaupun belum lagi diuji (undian) tapi ini fakta yang semua orang tahu termasuk di sebelah sana (kerajaan).

“Saya juga tahu sekarang ramai orang kecewa dengan Pagoh akibat daripada krisis kepimpinan yang tidak baik. Saya juga yakin kalau Port Dickson sebagai Ketua Pembangkang ada peluang untuk menjadi Perdana Menteri, beliau boleh menjalankan tugas dengan lebih tegas, lebih baik berbanding apa yang Pagoh buat.

“Saya rasa mungkin ada di sebelah sana (kerajaan) pun boleh menjalankan tugas lebih baik berbanding dengan apa yang Pagoh sedang buat.

“…tetapi saya rasa kita semua tahu tak ada seorang pun ahli Yang Berhormat (wakil rakyat Perikatan Nasional) di sini yang ada majoriti sokongan di dalam dewan yang mulia ini,” ujar beliau.

Kritikan Kian Ming itu dibalas Ahli Parlimen (PAS-Sik), Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mempertahankan kedudukan Muhyiddin kononnya masih ada majoriti sekali gus menafikan kerajaan gagal.

“Mana mungkin sebuah kerajaan yang gagal jika kerajaan dengan begitu pantas, cepat mengeluarkan perbelanjaan RM5.8 bilion untuk menguruskan imuniasasi negara ini, sejarah besar negara ketika seluruh dunia menghadapi COVID-19 ini.

“Saya nak betulkan sedikit apa yang disebutkan Yang Berhormat Bangi tadi, Pagoh masih lagi mempunyai majoriti yang cukup untuk kita meneruskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini.

“Kita telah buktikan ketika kita meluluskan belanjawan, mana bukti Port Dickson (Anwar) ada majoriti? Soal beliau.

Kemudian ahli Parlimen (PH- Jelutong), RSN Rayer bingkas bangun menempelak keyakinan ahli Parlimen Sik berkenaan

“Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan dewan adalah disifatkan menghina majlis.

“Memang Pagoh tidak ada majoriti dalam dewan ini, kalau betul Sik berani, kita buat undi atas perkara ini? tegas Rayer.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat