Pembangkang Kemuka Usul Rujuk Takiyuddin Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Kerana Mengelirukan Dewan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kontroversi pembatalan Ordinan Draurat terus menjadi topik hangat meskipun Mesyuarat Khas Dewan Rakyat masuk hari ketiga apabila ahli Parlimen pembangkang bertindak merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Gobind Singh Deo (PH-Puchong) berkata, beliau dan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) sudah pun memfailkan usul berkenaan mnegikut Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon memutuskan sama ada ia boleh dibahaskan atau sebaliknya.

“Saya ingin maklumkan dua usul yang telah dimasukkan daripada Puchong dan juga Sepang.

“Ini adalah usul untuk merujuk Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dengan alasan yang diberikan susulan dua hari lalu untuk dibahaskan,” katanya.

Manakala Hanipa pula berkata, usul berkenaan bertujuan merujuk Ahli Parlimen Kota Bharu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana telah mengelirukan dewan.

“Speaker terlibat sama untuk usul itu dibincangkan patutnya disegerakan, supaya dewan bahas dan undi perkara ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) juga bersetuju bahawa Takiyuddin bertindak mengelirukan dewan apabila mengumumkan pembatalan darurat namun pada hari pertama Dewan Rakyat dibuka pada Isnin teks Ordinan Darurat diletakkan di atas meja semua ahli Parlimen.

“Jika dah batal 21 Julai lalu, kenapa masih letak kertas Ordinan Darurat atas meja semua ahli Parlimen,” bidasnya.

Mohd Rashid memaklumkan, usul berkenaan masih belum diterima setakat hari ini, namun Gobind berkata, beliau sudah pun memfailkan usul itu pagi tadi dan mendapat pengesahan mengenainya.

“Saya minta satu petua bagaimana keputusan akan dibuat dan sekiranya kita akan dibenarkan untuk membahas isu itu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat