PM Ucap Tahniah Kejayaan Pandelela Menang Pingat Di Kejohanan Dunia 2022

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada atlet terjun, Datuk Pandelela Rinong Pamg berikutan kejayaannya meraih pingat gangsa bagi acara 10 meter (m) platform wanita di Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary hari ini.

“Saya doakan beliau meraih pingat seterusnya semasa acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri, Khamis ini.

“Kejayaan hari ini diharap menjadi pendorong kepada rakan lain yang akan beraksi dalam acara-acara seterusnya,” kata Perdana Menteri, dipetik dari Facebook beliau.

Dalam aksi final yang berlangsung di Arena Duna, Pandelela berjaya mengumpul 338.85 mata dalam keseluruhan lima terjunan yang dilakukannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,589FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat