Inisiatif Baharu Perkhidmatan Jalur Lebar Diumum Dalam Masa Terdekat – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Inisiatif-inisiatif baharu untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara akan diumum dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau menerusi catatan di Twitter dan Facebook berkongsi mengenai lawatan beliau ke pejabat Digital Nasional Berhad (DNB) hari ini untuk mendapatkan taklimat status terkini pelaksanaan projek 5G negara.

“Seperti biasa saya akan melihat dengan dekat mengenai status terkini pelaksanaan rangkaian 5G negara oleh DNB bagi memastikan semuanya mengikut jadual.

Saya akan buat beberapa pengumuman dalam masa terdekat berhubung inisiatif-inisiatif baharu untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara,” katanya di laman rasmi Facebooknya.

DNB ialah syarikat tujuan khas Malaysia yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

DNB ditubuhkan pada awal Mac 2021 antaranya untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,589FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat