Op Tapis Khas Berjaya Tahan 318 Individu Terbabit Kes Dadah – Polis

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menahan 318 individu atas pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah menerusi Op Tapis Khas selama dua hari, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek yang ditahan dalam operasi pada 21 dan 22 Jun lalu itu berusia antara 18 hingga 70 tahun dengan 299 daripadanya lelaki dan 19 wanita.

Menurutnya, seramai 206 orang adalah penagih, masing-masing 65 dan 47 ialah memiliki dan pembekal dadah.

“Op ini dijalankan di semua daerah seluruh Johor dengan fokus utama untuk membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah melibatkan kawasan seperti Felda, ‘mobile port’ dan kawasan perumahan.

“Seramai 38 suspek yang ditangkap akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala 28 suspek diambil tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah LPK) 1935.

“Turut ditangkap dalam operasi ini adalah 52 individu dengan status orang dikehendaki dan 28 tokan dadah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dalam Op Tapis berkenaan, pihaknya juga merampas pelbagai jenis dadah, antaranya syabu, ganja, pil Eramin 5 dan daun ketum dengan nilai rampasan keseluruhan RM13,529.

“Jika dibiarkan dalam pasaran, sejumlah dadah berkenaan boleh digunakan oleh seramai 3,814 penagih,” ujarnya.

Polis Johor akan mengambil tindakan secara agresif dalam memerangi penyalahgunaan dadah di negeri ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,207FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat