Pekerja Kebun Maut Digilis Jentolak

- Advertisement -

JELEBU: Seorang pekerja kebun di ladang pertanian Jalan Klawang di sini, maut digilis jentolak yang menggelongsor secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, dalam kejadian 10 pagi Ahad itu, mangsa, Md Nur Zamal, 33, warganegara Bangladesh mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala, sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati jentolak yang dipandu Muhamad Kamaruddin Mat Zawawi, 33, ingin ke tapak pertanian dan melalui cerun lereng bukit untuk menghantar racun bersama seorang pekerja yang berada di bracket belakang jentera itu.

“Sampai di tempat kejadian semasa mendaki bukit tiba-tiba enjin jentera itu mati dan menggelongsor ke belakang.

“Pada masa sama, mangsa melompat keluar dan tidak sempat mengelak lalu dilanggar oleh jentera tersebut yang sedang menggelongsor,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Tambahnya, bedah siasat akan diadakan pada Isnin jam 10 pagi di Hospital Jelebu.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

– Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat